Friday, December 11, 2009

Camna nak kira komitmen

Komitmen dalam konteks 'perbankkan'...apa yang aku faham ialah...perbelanjaan vs gaji..perbelanjaan sini maksud cam term loan..ada hitam putih...bukan belanja harian..belanja harian bank xkira pasai xdak bukti..heheee....
komitmen yang bank amek kira cam personal loan..kereta..credit card..hartanah...od dan etc ctc yg lain(maybe ada lagi yg aku xtau dan xsebut)

Selalunya bank akan kira komitmen max 75% tuk bagi loan kat kita...75% tu including loan yg kita nak buat laa...
contohnya..Mr A..gaji 3k dan ada komitmen cam bawah

Kereta myvi : monthly payment 510.00/month (9 tahun)
Personal Loan 50k : 650/month (10 tahun)
Kad kredit outstanding 6k : 300/month (min payment 5%)


So, total komitmen yang boleh di perolehi dari CCRIS atau maklumat yang boleh di capai oleh bank adalah 1460.00/month. Bila total 1460.00 kita bahagikan dengan 3k pendapatan bulanan, total komitmen Mr A adalah 49%.

So, kalau Mr A teringin nak beli sebuah apartment untuk tujuan pelaburan, bernilai 80k, dengan monthly payment 340.00 , kita tambahkan nilai komitment daripada 1460.00 kepada 1800.00, dan kita bahagikan kepada pendapatan sekarang, 3k, jadi.. komitmen baru yang Mr A akan tanggung adalah 60%. ianya masih dibawah 75%, jadi.. bank masih boleh consider pembelian hartanah oleh Mr A ini. Kemudian Mr A menyewakan hartanah ini kepada penyewa yang bernama Pn B, pada kadar 700.00/month, ini akan menambahkan pendapatan Mr A daripada 3k kepada 3.7k. Untuk legalize pendapatan 700/month ini,Mr A hanya perlu membuat Tenancy agreement dengan Pn B dan Tenancy agreement ini perlu dimatikan stem di pejabat LHDN, dan duit sewa perlu dikreditkan kedalam akaun simpanan sebagai bukti penerimaan pendapatan.

Seterusnya, sekiranya Mr A ingin membeli satu lagi hartanah dengan nilai 100k, dengan monthly payment, 550.00 sebulan, komitmen baru yang Mr A akan tanggung, akan menjadi 2350.00. Dengan pendapatan bulanan sekarang adalah 3.7k, komitmen Mr A akan menjadi 64%, dan ianya masih dibawah 75%, kemungkinan untuk lulus masih ada. Bila hartanah kedua di sewakan kepada Mr Z, pada kadar 800.00/month, pendapatan Mr A akan menjadi 4.5k dan begitulah seterusnya, Mr A masih boleh meneruskan pembelian seterusnya dengan mengira komitmen yang bakal ditanggungnya. Sekiranya masih di bawah 75%, beliau masih layak. Sekiranya komitmen beliau melebihi 75%, beliau boleh membuat permohonan bersama suami atau adik beradik Mr A. Dengan langkah pengurusan kewangan yang bijak, Mr A boleh menyelesaikan hutang2 kereta, personal loan dan kad kredit dan ini akan merendahkan lagi komitmen bulanan beliau, dan Mr A boleh mencari beberapa buah hartanah lagi untuk disewakan.

Apa yang penting, kita legalize pendapatan sewa dengan matikan stem di LHDN dan tunjukkan bukti penerimaan sewa dari penyata akaun.


tq faridz...baru aku tau...

No comments: